SEJARAH

fsk

Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 15 Mac 2004. Sebelum itu program diploma yang ada di fsk telah wujud di bawah Fakulti Sains Gunaan sejak tahun 1996. Sebanyak 7 program iaitu Diploma Farmasi, Diploma Kejururarawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Pemulihan Anggota dan Diploma Pemulihan Cara Kerja selama enam tahun di bawah Fakulti Sains Gunaan. Pada 1 Disember 2002 program-program diploma Sains Kesihatan ini telah diserap ke dalam Fakulti Perubatan kecuali Farmasi. Program-program kesihatan ini berada di Fakulti Perubatan hanya selama 1 tahun 3 bulan yang mana kemudiannya ia dikeluarkan dari Fakulti Perubatan dan ditubuhkan satu fakulti tersendiri iaitu Fakulti Sains Kesihatan.

Pelajar-pelajar dalam bidang sains kesihatan dimestikan menjalani latihan klinikal sebagai syarat bagi mereka bergraduan. Latihan klinikal dijalankan dalam fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada masa ini KKM telah mewajibkan semua program di FKS hendaklah menghantar pengajar klinikal bagi mengiringi dan mengajar pelajar-pelajar daripada 8 program fakulti ini semasa mereka menjalani latihan amali di hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s