Anugerah Pekerja Cemerlang

PENCALONAN DIBUKA SEKARANG

Objektif
1.Memberi penghargaan kepada kakitangan FSK yang layak berdasarkan syarat dan kriteria
2.Merangsang ke arah budaya kerja cemerlang

Kelayakan

Penyertaan terbuka kepada semua kakitangan di Fakulti Sains Kesihatan sama ada secara tetap atau kontrak.

Peraturan
1.Penyertaan hendaklah daripada Ketua jabatan atau pegawai penilai pertama, Pegawai Penyelia, atau pencalonan oleh diri sendiri.
2.Pencalonan boleh dibuat lebih daripada seorang untuk setiap bahagian/unit pada sesuatu bulan.
3.Kakitangan yang telah dijatuhi tindakan tatatertib hanya boleh dicalonkan selepas lebih dari setahun hukuman dijatuhkan.
4.Kakitangan yang sedang dalam siasatan kerana salah laku sama ada pihak berkuasa dalam atau luar UiTM tidak dibenarkan dicalonkan atau mencalonkan diri sendiri.
5.Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penyertaan.
6.Borang penyertaan yang lengkap hendaklah diisi dan dikembalikan sebelum atau selewat-lewatnya pada 10 haribulan pada setiap bulan.
7.Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
8.Penerima anugerah akan diumumkan pada setiap bulan dalam Perhimpunan Bulanan atau surat rasmi.
9.Pihak pengurusan berhak mengumumkan bahawa tiada calon yang layak diumumkan sebagai pemenang pada sesuatu bulan jika didapati tiada calon yang memenuhi kriteria.
10. Tiada kaedah penggiliran pemenang.
11.Seorang anggota boleh menerima anugerah lebih daripada sekali setahun dan penilaian tahunan akan dilakukan bagi pemilihan calon untuk Anugerah Pekerja Terbaik Tahunan.
12.Setiap bulan 3 orang kakitangan akan diumumkan sebagai pemenang mengikut pembahagian berikut :-

• Kakitangan Gred 27 ke atas
• Kakitangan Gred 17 hingga 26 (Pentadbiran)
• Kakitangan Gred 17 hingga 26 (Makmal)

Kriteria
1.Berpengetahuan (10%)
2.Berkemahiran (10%)
3.Sikap yang betul (80%) 1.Sering Lakukan Yang Terbaik
2.Tidak Berhenti Mencari Peluang
3.Tidak Menunggu/proaktif
4.Sentiasa Fikirkan Boleh
5.Kegagalan Dianggap Kunci Kejayaan
6.Tonjolkan Kemampuan
7.Memiliki Jaringan Yang Kuat
8.Menganggap Setiap Orang Penting
9.“Punctual”
10.Profesional & Berdisiplin
11.Berbudi bahasa
12.Semangat kerja berpasukan
13.Menggunakan masa kerja dengan baik
14.Dipercayai /kerahsiaan
15.Cergas
16.Amanah
17.Mengasihi pelajar
18.Menghormati sesama kakitangan

Hadiah dan Sijil

Penerima anugerah akan menerima:
Sijil penghargaan
Cenderahati
Bergambar bersama Dekan

Gambar pemenang akan dipamerkan di ruang awam, website dan papan kenyataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s