“FAQ”

1. : Bagaimana saya ingin memohon surat pengesahan sebagai pelajar UiTM?

Mengisi borang urusan Kaunter BP/FSK (Pindaan 001) permohonan hendaklah dibuat di Kaunter Akademik FSK (3) hari waktu berkerja sebelum tarikh permohonan .

2. : Bagaimana saya hendak memohon penggunaan dewan kuliah?

Permohon penggunaan DK FSK7/BK FSK6/ DP FSK6 hendaklah dibuat di kaunter Akademik FSK (3) hari waktu berkerja sebelum tarikh penggunaan dan permohonan akan diluluskan oleh pengurusan pentadbiran HEA.

3. : Bagaimana saya ingin membuat tempahan penggunaan DK300 FSK7 dan DK500 (Farmasi) bagi tujuan program pelajar yang akan digunakan pada hari Sabtu & ahad?

Permohonan hendaklah dibuat melalui pejabat fasiliti Puncak Alam dan mengisi borang Dewan KPA 01/09 (Pindaan Okt.10)

4. : Bagaimanakah untuk mengatasi masalah pendaftaran kursus / pertindihan jadual / salah daftar kumpulan?

Pelajar dikehendaki berhubung dengan staf HEA yang bertugas di Kaunter Prima

5. : Bagaimanakah sekiranya pelajar menghadapi masalah penggunaan i student portal?

Pelajar dikehendaki berjumpa dengan sat f HEA di kaunter akadamik dan akan ‘Reset’ semula kata lalu sekiranya pelajar lupa (kata laluan)melalui sistem SIMS UiTM.

6. : Bagaimana saya hendak membuat semakkan keputusan peperiksaan akhir?

– Permohonan hendaklah mengisi borang BHEPep (KP-R)2005-1 (Rayuan Peperiksaan UiTM Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan) dalam tempoh 14 hari selepas tarikh keputusan peperiksaan akhir diumumkan secara rasmi.
– Pelajar hendaklah membuat pembayaran di Pejabat Bendahari RM50.00 untuk (1) Kod kursus dan dikepilkan bersama borang serta resit pembayaran di kaunter akademik
– Kod kursus yang dibenarkan untuk membuat semakkan keputusan adalah Peperiksaan Akhir (sahaja)

7. : Bagaimana sekiranya saya ingin memohon penangguhan semester?

Pelajar dikehendaki ke Pejabat Hal Ehwal Akademik ataupun berjumpa dengan Koordinator terlebih dahulu minta pandangan & nasihat sebelum mengisi borang HEA/RP/CK-01 (Cuti Khas). Borang permohonan pelajar akan dimajukan kepada Penolong Pendaftar (Akademik) untuk tindakkan seterusnya.

8. : Bagaimanakah pelajar hendak membuat Pengecualian Kredit?

Permohonan hendaklah dibuat sekali sahaja dalam tempoh pengajian semasa semester pertama pengajian dengan mengisi Borang HEA/RA/PC-2000-1 (Pengecualian Kredit)
Bayaran RM100:00 bagi (1) kod kursus hanya akan dikenakan kepada pelajar yang berstatus PLK & e-Pjj (sahaja)
Tiada bayaran dikenakan bagi pelajar berstatus sepenuh masa

9. : Bagaimakah sekiranya pelajar ingin membuat permohonan pertukaran seperti berikut :-

A. Mod Pengajian
– Syarat bagi permohonan pertukaran mod pengajian hendaklah mengikuti program yang Sama sahaja.
– permohonan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada ketua program / Dekan fakulti cawangan.
– Permohonan akan dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
– pelajar sepenuh masa atau PLK yang ingin memohon bertukaran mod pengajian ke e-PJJ mestilah menulis surat secara rasmi kepada Dekan fakulti kampus cawangan dalam masa (4) minggu sebelum tarikh rasmi kuliah bermula.

B. Pertukaran Kampus
Pertukaran kampus bagi pelajar sepenuh masa adalah tidak dibenarkan.

C. Pertukaran Program
Pertukaran program adalah tidak dibenarkan kecuali untuk memasuki mod pengajian separuh masa.

10. : Bagaimana sekiaranya pelajar ingin memohon untuk menduduki Peperiksaan Khas?

i. Hanya dibenarkan bagi pelajar semester akhir yang berstatus lulus tetapi gagal dalam satu atau dua kursus sahaja
ii. Pelajar semester akhir dan bergraduat yang diberhentikan dengan status D3, D4,D5 serta mempunyai satu atau dua kursus sahaja untuk tamat.Pelajar dinasihatkan juga untuk membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) melalui fakulti UiTM cawangan.
iii. Gred maksimum yang boleh diperolehi pelajar setelah menduduki Peperiksaan Khas ialah gred C
iv. Yuran akan dikenakan RM100.00 untuk setiap (1) kursus.

11. : Bagaimana saya hendak memohon sijil kosong untuk aktiviti pelajar?

Dapatkan borang permohonan sijil di Kaunter Prima. Isi borang dengan lengkap, dapatkan pengesahan penasihat persatuan dan kembalikan borang bersama surat kelulusan program berserta senarai nama peserta. Pihak HEP akan memberikan sijil setelah mendapat kelulusan pegawai.

12. : Bagaiamana saya boleh mendapatkan tandatangan Dekan bagi semua sijil aktiviti pelajar?

Sediakan sijil yang telah dicetak dengan nama peserta dan serahkan di kaunter, pihak HEP akan mencetak tandatangan Dekan di ruangan yang telah disediakan.

13. : Bila pihak PTPTN akan datang untuk sesi menandatangani perjanjian dan penyerahan dokumen?

Sila rujuk ke pihak HEP Kampus Puncak Alam untuk maklumat.

14. : Nama tiada di dalam senarai Modul Kemahiran Insaniah.

Sila rujuk pegawai berkenaan untuk kemasukan data atau hadir terus ke sesi modul dan tulis nama di dalam senarai kedatangan.

15. : Bagaimana sekiranya saya tidak dapat hadir ke Program Modul Kemahiran Insaniah?

Sila sediakan surat memaklumkan ketidakhadiran dan pelajar perlu mengganti modul yang tidak disertai pada masa akan datang apabila modul dijalankan lagi.

16. Saya telah tersalah masukkan maklumat di dalam sistem Extra KO, apa perlu saya buat untuk membetulkannya semula?

: Masukkan semua maklumat yang betul dan cetak transkrip. Kemudian serahkan salinan transkrip kepada Pegawai bertugas.

17. Di mana saya boleh membuat tempahan kenderaan?

Pelajar boleh mengambil borang tempahan kenderaan di kaunter akademik atau di unit kenderaan di pejabat PNC.

18. Bilakah saya boleh mendapatkan surat kelulusan program?

Surat kelulusan program akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa berkenaan.

19. Bolehkah saya mendapatkan wang pendahuluan untuk menjalankan aktiviti dan bagaimana?

Boleh. Dapatkan borang permohonan pendahuluan di kaunter, isikan dan tandatangan. Seterusnya hantar ke Bahagian Bendahari 2 minggu sebelum aktiviti dijalankan.

20. Di mana perlu saya hantar kertas kerja permohonan menjalankan aktiviti dan laporan aktiviti bila selesai?

Borang C dan kertas kerja serta laporan boleh dihantar kaunter prima.
Kertas laporan selepas aktivi 21. Di mana perlu saya hantar kertas kerja permohonan menjalankan aktiviti dan laporan aktiviti bila selesai?
Borang C dan kertas kerja serta laporan boleh dihantar kaunter prima.

22. Bagaimana dapatkan maklumat korporat mengenai Fakulti Sains Kesihatan?

Sila layari website fakulti – http://www.fsk.uitm.edu.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s