Hari Keluarga FSK

Keluarga

Advertisements

Audit MQA

18-19 Dis 2012 : Lawatan Penilaian MQA telah diadakan di FSK. Lawatan ini diadakan selama dua hari bagi menilai program Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik untuk mendapatkan akreditasi penuh.Antara aktiviti penilaian termasuklah taklimat, perjumpaan dengan pegawai di setiap bahagian, perjumpaan dengan pensyarah, semakan fail dan sebagainya. Taklimat brakhir dengan “Exit meeting”yang mana tiada banyak teguran yang dibuat.

mqa

Lawatan Politeknik Indonesia

DSC_00627 Dis. 2012 (Jumaat);
Satu delegasi dari Politeknik Kesihatan Semarang, Jawa Tengah, Indonesia telah berkunjung ke FSK. Delegasi ini terdiri dari lima orang dan diketuai oleh Pengarahnya Bapak Giek Sugiyanto. Turut bersama ialah 2 orang Naib Pengarah dan 2 orang pensyarah kanan. Tujuan lawatan ini ialah untuk melihat bagaimana FSK menjalankan program-program sains kesihatan dan mengenalpasti prospek hubungan pintar “menang- menang” yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Antara program yang dilaksanakan di Politeknik ini ialah dalam bidang “nursing , midwifery, radiographer, dental assistant, nutritionist, medical laboratory” dan “environmental health”.

(Foto)

Anugerah Khidmat Cemerlang 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang dianjurkan setiap tahun adalah merupakan satu bentuk penghargaan ke atas usaha dan kegigihan warga Fakulti Sains Kesihatan, UiTM yang telah menunjukkan mutu perkhidmatan yang melampaui dari kebiasaan. Insentif ini diberikan untuk terus menggalakkan warga Fakulti Sains Kesihatan, UiTM secara amnya untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Penganugerahan yang diberikan ini akan dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada warga UiTM yang lain agar terus bekerja keras bagi mencapai matlamat untuk menjadikan UiTM sebagai World Class University.
Pada tahun ini seramai 14 orang warga Fakulti Sains Kesihatan, UiTM dari pelbagai peringkat jawatan telah dipilih untuk menerima anugerah perkhidmatn cemerlang.. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima dan diharapkan agar mereka yang berjaya ini akan terus bersemangat mencurahkan khidmat bakti kepada Negara yang dicintai ini. Jadikanlah anugerah ini sebagai titik tolak untuk kita terus memacu pencapaian UiTM dengan lebih terkemuka setanding dengan pencapaian universiti lain di negara-negara maju. Penerima anugerah khidmat cemerlang 2011 adalah seperti berikut:
AKC2
anugerah1
akc3