DEKAN

DekanDR. HAMZAH FANSURI HASSAN

Dengan nama ALLah yang maha pemurah lagi maha mengasihi.
Selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad s.a.w.

Izinkan saya memberi sepatah dua kata di penampilan awal “Info FSK” ini. Pertamanya terima kasih kepada pasukan kerja yang telah mengambil inisiatif untuk menyiarkan berita dan maklumat FSK secara atas talian. InsyaALlah dengan berkat kerja berpasukan, Info FSK akan lebih hebat pada masa-masa akan datang dan menjadi antara wadah FSK yang berkesan

Saya percaya kepada falsafah UiTM. Saya percaya kepada sumber manusia, jika diasuh dan dididik dengan cara yang betul boleh menyumbang dalam pembangunan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Oleh itu saya ingin menyeru kepada semua warga fakulti supaya bersama pihak pengurusan merancang kursus yang sesuai supaya kita dapat mengecil dan seterusnya menutup “jurang prestasi” yang ada. Ini penting kerana tugas menentukan “career planning” dan “personnel development” staf bukan terpikul di atas bahu pihak pengurusan semata-mata, malah setiap individu itu sendiri wajar berusaha ke arah itu. Rebutlah peluang untuk mengenalpasti jenis kursus yang sesuai ke arah peningkatan pengetahuan, kemahiran dan “attitude” semua. Silalah majukan permohonan kepada pihak pengurusan supaya dapat kita bersama-sama memikirkan kewajarannya.

Akhir sekali suka saya mengingatkan diri saya dan tuan-puan sekelian tentang perlunya kita memelihara nilai-nilai kualiti dalam pekerjaan harian. Nilai teras “Insan Berihsan” haruslah difahami dan dihayati. Dengan pemahaman dan penghayatan nilai ini, nilai-nilai lain seperti amanah, bersih, jujur, ikhlas, tawadhu’ dan sebagainya mudah untuk dihayati.
Semoga tahun 2013 yang akan datang ini akan memberi lebih banyak kejayaan untuk FSK yang kita sayangi ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s