Anugerah Khidmat Cemerlang 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang dianjurkan setiap tahun adalah merupakan satu bentuk penghargaan ke atas usaha dan kegigihan warga Fakulti Sains Kesihatan, UiTM yang telah menunjukkan mutu perkhidmatan yang melampaui dari kebiasaan. Insentif ini diberikan untuk terus menggalakkan warga Fakulti Sains Kesihatan, UiTM secara amnya untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Penganugerahan yang diberikan ini akan dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada warga UiTM yang lain agar terus bekerja keras bagi mencapai matlamat untuk menjadikan UiTM sebagai World Class University.
Pada tahun ini seramai 14 orang warga Fakulti Sains Kesihatan, UiTM dari pelbagai peringkat jawatan telah dipilih untuk menerima anugerah perkhidmatn cemerlang.. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima dan diharapkan agar mereka yang berjaya ini akan terus bersemangat mencurahkan khidmat bakti kepada Negara yang dicintai ini. Jadikanlah anugerah ini sebagai titik tolak untuk kita terus memacu pencapaian UiTM dengan lebih terkemuka setanding dengan pencapaian universiti lain di negara-negara maju. Penerima anugerah khidmat cemerlang 2011 adalah seperti berikut:
AKC2
anugerah1
akc3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s